Penyelesaian Pembayaran QR Code Terbaik untuk Perniagaan Anda

DuitNow QR Soundbox adalah penyelesaian bayaran QR code. Pembayaran yang disahkan dihebahan dengan jelas melalui pembesar suara dan jumlah dinyatakan dengan jelas dipaparan skrin.

Menerima pelbagai e-wallet untuk pembayaran seperti Touch N Go, Setel, Boost dan MAE. Sesuai untuk semua saiz perniagaan untuk menerima bayaran bila-bila masa, di mana sahaja!

soundbox-jpg

Pengesahan transaksi secara “real-time”

Menerima bayaran lebih mudah dengan imbasan QR code

Elakkan kesilapan atau penipuan transaksi semasa bayaran.

Mudah digunakan. “Setup” dalam masa 3 minit sahaja.

Dapatkan Sekarang

DuitNow QR Soundbox

Soundbox (Wifi)

Sesuai digunakan di premis yang mempunyai internet

Datang dengan QR code DuitNow

Tiada caj bulanan

Tiada deposit

Tiada kontrak

0% caj transaksi

RM199

Soundbox (Sim + Wifi)

Dilengkapi dengan kad SIM data internet untuk 12 bulan

Datang dengan QR code DuitNow

Tiada caj bulan

Tiada deposit

Tiada kontrak

0% caj transaksi

RM259

Tutorial

unbox

Unboxing DuitNow QR Soundbox

Apa yang anda akan terima apabila membuka kotak DuitNow QR Soundbox dari Edxapay.

fiziikal

Fizikal Luaran Soundbox

Kenali fizikal luaran Soundbox. Bagaimana untuk mengecas dan ulangi transaksi terakhir

wifi

Cara Untuk Connect Ke Wifi

Langkah-langkah bagaimana untuk menyambung wifi di premis anda dengan Soundbox

simcard

Guna Simkad Data Dengan Soundbox

Gunakan data internet dari telco anda untuk membolehkan soundbox beroperasi dimana-mana sahaja.

history

Bagaimana Semak Transaksi Soundbox

Semua transaksi Soundbox boleh disemak di smartphone anda melalui applikasi khusus.

Soalan Lazim

DuitNow QR Soundbox adalah peranti bantuan audio yang memberikan pemberitahuan pembayaran segera kepada peniaga. Apabila pembayaran berjaya dilakukan melalui QR code DuitNow atau Alipay/Alipay+, Soundbox akan mengumumkan jumlah pembayaran dengan suara dan memaparkannya pada paparan LED

a) Memudahkan proses pembayaran.

b) Mengurangkan risiko penipuan atau kesilapan waktu bayaran.

c) Tiada lagi bimbang mencari wang kecil.

Harga seunit Soundbox adalah RM199. Anda juga boleh memilih pakej kad SIM dengan harga RM260.

Tiada caj transaksi atau sewa bulanan/tahunan.

Anda tidak boleh menggunakan QR code DuitNow sedia ada. QR code Soundbox ini istimewa dimana ianya dihubungkan terus dengan pihak bank untuk mengesahkan bayaran secara real time.

Untuk mendapatkan Soundbox ini, dokumen berikut diperlukan:

  1. Dokumen SSM,
  2. IC pemilik perniagaan,
  3. Penyata bank (muka depan),
  4. Gambar premis atau ruang perniagaan.
  5. Untuk perniagaan dirumah, gambar produk yang tertera nama dagangan boleh digunakan.

Kelulusan adalah tertakluk pada pemeriksaan latar belakag pemohon dan akan mengambil masa 3-7 hari bekerja.

Tiada sebarang caj transaksi. Sebarang perubahan kami akan maklumkan kepada pengguna.

Anda akan menerima bayaran ke dalam akaun anda pada keesokan hari selepas transaksi. Bayaran balik hanya beroperasi mengikut kalender bank, iaitu hari bekerja.

Anda boleh menyemak transaksi secara real-time melalui aplikasi khas di telefon bimbit anda.

Ya, kami menawarkan penjualan Soundbox secara online. Sila WhatsApp kami untuk membuat pembelian.

Ya, Soundbox boleh digunakan sama ada melalui WiFi atau kad SIM.

Dokumen-dokumen ini diperlukan untuk proses KYC (Kenal Pelanggan Anda) seperti yang digariskan oleh Bank Negara Malaysia.

Tidak. Hanya perniagaan berdaftar dengan SSM yang dibenarkan.

Boleh. Kami terima SSM yang nama dagangan didaftarkan atas nama pemilik.

Ya, anda boleh memasang kad SIM anda sendiri dengan syarat ianya mempunyai perkhidmatan data 4G.

Dua(2) hingga Tiga(3) hari. Tempoh hidup bateri mungkin berbeza bergantung pada cara penggunaan dan faktor persekitaran.

Soundbox dijamin selama 12 bulan dari tarikh pembelian.

Jaminan melindungi masalah teknikal. Kerosakan disebabkan faktor luaran atau pembaikan (modifikasi) yang tidak sah adalah tidak termasuk.

Pertanyaan umum atau mengenai jualan anda boleh hubungi +6011-11201147 atau mengunjungi pejabat kami di Seksyen 13, Laman Seri Business Park, Shah Alam.

Untuk bantuan mengenai transaksi atau bayaran balik anda boleh hubungi talian 24×7 kami di +603-4051 9922

1. Pengesahan Pantas: Anda akan mendengar notifikasi setiap kali pembayaran dilakukan, memastikan anda tidak melepaskan sebarang transaksi.

2. Keselamatan Terjamin: Mengurangkan risiko penipuan dengan menggunakan teknologi QR code.

3. Efisiensi & Kemudahan: Memudahkan pelanggan untuk membayar dan bagi peniaga untuk menerima bayaran dengan cepat.

4. Meningkatkan Pengalaman Pelanggan: Membolehkan pelanggan melakukan pembayaran dengan cepat tanpa perlu menunggu atau menyediakan tunai.

  1. Soundbox kami berfungsi menggunakan QR code khas. QR code biasa yang anda miliki sebelum ini tidak dapat digunakan dengan Soundbox ini.
  2. Setiap kali seseorang membayar dengan mengimbas QR code, Soundbox akan mengeluarkan notifikasi suara.
  3. Transaksi tersebut kemudian akan diproses oleh bank dan duit akan dimasukkan ke akaun anda pada keesokan harinya.
  4. Anda juga boleh menyemak transaksi secara real-time menggunakan aplikasi khas di telefon bimbit anda.